KoD BABI



Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan
Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis.Tugasnya adalah mencatat
semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan
produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan
Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh
sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada
juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya,
saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian
menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang
dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN
JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian
mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa
yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah
daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis
sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan
haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-
lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut?
Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara)
kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi
tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi.
Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal
kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan
dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang
mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan
pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig
Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama
40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.


Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara
Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin
tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang
dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya
memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk
mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi.
Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan.
Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang
kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka
tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara
(civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan
penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang
yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai
lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi
(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim
kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh
karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara
Islam.

Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat
serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara
Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui
oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan
dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan
multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut,
makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih
banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-
barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai
masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat
yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu
bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar
kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk
yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod
tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam
dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.
Kesihatan KAKI


Kesihatan KAKI

MUNGKIN kerana kedudukannya yang paling bawah, ia adalah anggota tubuh terakhir atau langsung tidak mendapat perhatian sebahagian besar daripada kita.

Tetapi, kita terlupa. Pada bahagian paling bawah inilah, dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan - kaki.

Tugas dan tanggungjawabnya juga bukan calang-calang. Seluruh `berat badan' dibebankan kepadanya. Ia juga umpama `kenderaan' paling selamat yang membawa kita ke mana saja.

Sebab itulah, ada pendapat yang mengatakan, jika kaki anda sihat, maka kesihatan tubuh secara keseluruhan juga terjamin.

Malangnya, berapa ramai yang mengambil berat tentang kesihatan kaki, seperti kita `menjaga' lain-lain anggota tubuh?

Sebaliknya, saban hari, kita telah dan terus `menindas' kaki dengan banyak cara. Antaranya, menyarung kaki dengan kasut yang tidak begitu sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya.

"Lama-kelamaan, jika keadaan ini dibiarkan, kaki akan mengalami tekanan berlebihan."

"Kesannya, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang," kata Pakar Runding Podiatri, Pusat Penjagaan Kesihatan Komplementari Datuk Paduka Saleha, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Mark Reyneker.

Menurut beliau, sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas. Bagaimanapun, berita baiknya, ia ada penawar.

Tetapi, tidak ramai yang benar-benar faham atau ambil peduli apabila fungsi kaki mereka terjejas. "Sebab itulah, mereka terus memilih untuk hidup dalam ketidakselesaan atau membiarkan diri dalam kesakitan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran butik kasut terkemuka, di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini.

Menurut Reyneker, sebilangan orang tidak menghidap penyakit yang serius, tetapi mereka berasa tidak selesa setiap kali berjalan atau berdiri terlalu lama.
20 faktor si dia boleh di percayai

20 faktor si dia boleh di percayai


Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.


Faktor 1 - Konsisten.
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat' kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh 'mengawal' dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh 'menangkap' adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan 'bergegar' jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm... hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu 'pokai' dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

12 Sifat SAHABAT


12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah.
Rahsia Bulan Kelahiran
Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
• Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
• Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
• Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
• Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
• Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
• Pandai mengambil hati orang lain.
• Pendiam kecuali telah dirangsang.
• Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
• Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
• Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
• Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
• Cukup sayang pada kanak-kanak.
• Suka duduk di rumah.
• Setia pada segala-galanya.
• Perlu belajar kemahiran bersosial.
• Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
• Berfikiran abstrak.
• Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
• Bijak dan pintar
• Berpewatakan yang mudah berubah.
• Mudah menawan orang lain.
• Agak pendiam.
• Pemalu dan rendah diri.
• Jujur dan setia pada segalanya.
• Keras hati untuk mencapai matlamat.
• Tidak suka dikongkong.
• Mudah memberontak apabila dikongkong.
• Suka kegiatan yang lasak.
• Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
• Mudah mempamerkan marahnya.
• Tidak suka benda yang remeh-temeh.
• Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
• Sangat berani dan suka memberontak.
• Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
• Pemerhatian yang tajam.
• Suka hiburan dan sukan.
• Suka benda yang bersifat seni.
• Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
• Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
• Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
• Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
• Berpesonaliti menarik dan menawan.
• Mudah didampingi.
• Sangat pemalu dan pemendam rasa.
• Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
• Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
• Suka pada kedamaian.
• Sangat peka pada orang lain.
• Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
• Tidak cepat marah dan sangat amanah.
• Tahu membalas dan mengenang budi.
• Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
• Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
• Suka berangan-angan.
• Suka melancong.
• Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
• Kelam kabut dalam memilih pasangan.
• Suka dengan hiasan rumahtangga.
• Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
• Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
• Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
• Sangat aktif dan dinamik.
• Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
• Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
• Punya daya mental yang sangat kuat.
• Suka diberi perhatian.
• Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
• Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
• Sangat berani dan tiada perasaan takut.
• Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
• Emosi cepat terusik.
• Cuba kawal perasaan.
• Kecenderungan bersifat pendendam.
• Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
• Kuat daya ingatan.
• Gerak hati yang sangat kuat.
• Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
• Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
• Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
• Keras hati & tegas.
• Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
• Pemikiran yang tajam.
• Mudah marah apabila tidak dikawal.
• Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
• Perasaan yang amat mendalam.
• Cantik dari segi mental & fizikal.
• Tidak perlu dimotivasikan.
• Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
• Mudah dipujuk.
• Bersikap sistematik (otak kiri).
• Suka berangan.
• Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
• Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
• Daya khayalan yang tinggi.
• Permikiran yang tajam.
• Pandai berdebat.
• Fizikal yang baik.
• Kelemahan sistem pernafasan.
• Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
• Tidak berapa suka duduk di rumah.
• Tidak boleh duduk diam.
• Tidak punya ramai anak.
• Rajin dan bersemangat tinggi.
• Agak boros

JUN
• Berfikiran jauh & berwawasan.
• Mudah ditawan kerana sikap baik.
• Berperangai lemah lembut.
• Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
• Idea yang terlalu banyak di kepala.
• Bersikap sensitif.
• Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
• Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
• Bersikap suka menangguh-nangguh.
• Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
• Cepat marah & cepat sejuk.
• Suka bercakap & berdebat.
• Suka buat lawak & bergurau.
• Otaknya cerdas berangan-angan.
• Mudah berkawan & pandai berkawan.
• Seorang yang sangat tertib.
• Pandai mempamerkan sikap.
• Mudah kecil hati.
• Mudah kena selsema.
• Suka berkemas.
• Cepat rasa bosan.
• Sikap terlalu memilih & cerewet.
• Kurang mempamerkan perasaan.
• Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
• Suka pada barang yang berjenama.
• Mudah menjadi eksekutif.
• Kedegilan yang tidak terkawal.
• Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
• Sangat suka didamping.
• Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
• Agak pendiam kecuali dirangsang.
• Ada harga dan maruah diri.
• Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
• Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
• Sangat menjaga hati orang lain.
• Sangat peramah.
• Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
• Berjiwa sentimental.
• Jarang berdendam.
• Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
• Tidak suka benda remeh-temeh.
• Membimbing cara fizikal dan mental.
• Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
• Layanan yang serupa terhadap semua orang.
• Tinggi daya simpati.
• Pemerhatian yang tajam.
• Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
• Mudah dan rajin belajar.
• Suka muhasabah diri.
• Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
• Suka mendiamkan diri.
• Suka duduk di rumah.
• Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
• Tidak agresif kecuali terpaksa.
• Lemah dari segi kesihatan perut.
• Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
• Minta disayangi.
• Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
• Terlalu mengambil berat.
• Rajin dalam membuat kerja

OGOS
• Suka berlawak.
• Mudah tertawan padanya.
• Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
• Berani dan tidak tahu takut.
• Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
• Pandai memujuk orang lain.
• Terlalu pemurah & bersikap ego.
• Nilai harga diri yang sangat tinggi.
• Dahagakan pujian.
• Semangat juang yang luar biasa.
• Cepat marah & mudah mengamuk.
• Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
• Sangat cemburu.
• Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
• Cepat berfikir.
• Fikiran yang berdikari.
• Suka memimpin & dipimpin.
• Sifat suka berangan.
• Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
• Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
• Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
• Belajar untuk bertenang.
• Sikap kelam kabut.
• Romantik, pengasih dan penyayang.
• Suka mencari kawan

SEPTEMBER
• Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
• Sangat cermat, teliti & teratur.
• Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
• Pendiam tapi pandai bercakap.
• Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
• Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
• Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
• Sangat sensitif yang tidak diketahui.
• Seorang yang banyak berfikir.
• Daya pentaakulan yang baik.
• Otak bijak & mudah belajar.
• Suka mencari maklumat.
• Kawal diri dari terlalu mengkritik.
• Pandai mendorong diri sendiri.
• Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
• Suka sukan, hiburan & melancong.
• Kurang menunjukkan perasaannya.
• Terluka hatinya sangat lama disimpan.
• Terlalu memilih pasangan.
• Sukakan benda yang luas.
• Bersistematik

OKTOBER
• Suka berbual.
• Suka orang yang sayang padanya.
• Suka ambil jln tengah.
• Sangat menawan & sopan santun.
• Kecantikan luar & dalam.
• Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
• Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
• Sentiasa berkawan.
• Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
• Cepat marah.
• Macam pentingkan diri sendiri.
• Tidak menolong orang kecuali diminta.
• Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
• Tidak suka terima pandangan orang lain.
• Emosi yang mudah terusik.
• Suka berangan & pandai bercakap.
• Emosi yang kelam kabut.
• Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
• Suka melancong, bidang sastera & seni.
• Pengasih, penyayang & lemah lembut.
• Romantik dalam percintaan.
• Mudah terusik hati & cemburu.
• Ambil berat tentang orang lain.
• Suka kegiatan luar.
• Seorang yang adil.
• Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
• Mudah patah semangat

NOVEMBER
• Banyak idea dalam perkara.
• Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
• Berfikiran kehadapan.
• Berfikiran unik dan bijak.
• Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
• Pemikiran yang tajam.
• Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
• Sesuai jadi seorang doktor.
• Cermat dan teliti.
• Personaliti yang dinamik.
• Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
• Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
• Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
• Terlalu degil dan keras hati.
• Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
• Tak suka marah kecuali digugat.
• Mudah ambil berat terhadap orang lain.
• Pandai muhasabah diri.
• Cara berfikir yang lain dari orang lain.
• Otak yang sangat tajam.
• Pandai mendorong diri sendiri.
• Tidak hargai pujian.
• Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
• Cuba sampai berjaya.
• Badan yang sasa.
• Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
• Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
• Suka duduk d irumah.
• Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
• Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
• Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
• Bercita-cita tinggi.
• Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
• Sangat setia dan pemurah.
• Bersifat patriotik.
• Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
• Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
• Bercita-cita tinggi.
• Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
• Seronok bila didampingi.
• Suka bercampur dengan orang.
• Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
• Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
• Tidak pandai berpura-pura.
• Cepat marah.
• Perangai yang mudah berubah-ubah.
• Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
• Benci pada kongkongan.
• Suka berlawak.
• Pandai buat lawak dan berfikiran logik
RAHSIA TARIH LAHIR
Rahsia Tarikh Lahir Lagi

PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.
Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang.
Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.

Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.

6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.

10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.

12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan- Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?

16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21 haribulan - ‘Angin’ tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.

23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.

26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30 haribulan - Boros berbelanja terutama ‘menyolek’ kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.
TARIKH LAHIR LAGI
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. KETULENAN

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
- Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. PENDAMAI

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. CERIA

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. KONSERVATIF

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. PERINTIS

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. ROMANTIK

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. INTELEKTUAL

- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. PENYELESAIAN

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. PELAKON

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan.
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.



























































































  • ~JaSpEr HaKiM~

    ~JaSpEr HaKiM~

    ~About Me~

    My photo
    Kuala Lumpur, Malaysia
    Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,KuLim,Kedah. Diploma Ukur Tanah..

    WELCOME

    free hit counter

    ~FoLLoW Me~